Panasnya Hari Ini

Minyak Sudah, Barang Bila Lagi? -Blogger

KUALA LUMPUR: Blogger politik, parpukari.blogspot.com hari ini mempersoalkan tindakan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan sedangkan harga runcit bagi petrol dan diesel telah turun.

Melalui artikel terbaharu di laman blognya, beliau berkata, jika dahulu peniaga menggunakan alasan bahawa kenaikan harga minyak menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan jualan mereka.

Namun, tambahnya lagi, alasan tersebut sudah tidak relevan berikutan harga petrol pada masa kini sudah menyamai harga bagi tahun 2007.

“Aku nak mintak peniaga semua yang menaikkan harga barang keperluan harian dengan alasan minyak naik dulu, supaya diturunkan semula ke harga asal dulu!,” tegasnya.

Ujarnya, sebelum ini, terdapat pihak tertentu yang telah menggunakan agama untuk tujuan menerangkan perkara berkenaan, namun mereka hanya berbuat demikian bagi membodek kerajaan.

“Ya, mereka mengatakan SEMUA KENAIKAN HARGA BARANG ADALAH KETENTUAN ALLAH. Mereka quote hadis nabi untuk menyedapkan hati para pemimpin yang mereka puja!.

“Dia quote hadis Nabi tanpa rujukan dari Imam mana, mungkin niat beliau baik tetapi bila kau petik tanpa hadis sepenuhnya, nampak macam dia ni cuba persenda Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.

Katanya, pihak berkenaan tidak seharusnya menggunakan agama untuk kepentingan peribadi sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak.

“Aku nak nasihatkan pada pakar-pakar yang selalu suka memperlekeh orang lain dengan menunjukkan kebijaksanaan yang terlampau ni, hati-hatilah kerana dalam keseronokan untuk mempertahan dan menjadi kaki bodek ni kadang-kadang mungkin anda terlepas pandang akan perkara ini.

“Jangan salahkan tuhan pula pasal kenaikan. Jangan sebab nak membodek agama pun mahu jual! Ini aku tak setuju,” tegasnya lagi.

Beliau juga berharap agar pihak yang berwajib seperti Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus melakukan pemantauan terhadap harga barangan berkenaan.

Terdahulu, harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen.

Penurunan harga runcit berkenaan berkuatkuasa pada pada 1 Februari 2016.

Harga baharu bagi RON95 adalah RM1.75 seliter dan RON97 pula RM2.05 seliter berbanding sebelum ini iaitu RON95 (RM1.85), RON97 (RM2.25)  dan diesel (RM1.60).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");