Panasnya Hari Ini

MoU Ambil 1.5 Juta Warga Bangladesh Dimeterai

KUALA LUMPUR: Isu 1.5 juta warga Bangladesh untuk dibawa masuk ke negara ini akhirnya tamat apabila Malaysia dan Bangladesh telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Memetik laporan mstar, MoU itu telah ditandatangani oleh Menteri Penggajian Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Nurul Islam dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot di Pejabat Kebajikan Ekspatriat Dhaka, tengah hari tadi (waktu Malaysia).

Kabinet Bangladesh pada 8 Februari lalu telah meluluskan draf MoU tersebut walaupun ianya mencetuskan kontroversi selepas Malaysia mengumumkan akan membawa masuk warganegara tersebut melalui sektor swasta.

Di bawah perjanjian itu lagi, levi bagi pekerja Bangladesh juga telah ditetapkan pada RM1,946 (Tk37,000).

Perjanjian itu telah mencetuskan beberapa kontroversi termasuklah Agensi Pembekal Antarabangsa Pertubuhan Bangladesh (Baira) yang menandatangani surat bantahan.

Ianya berikutan mengenai kemungkinan wujudnya monopoli oleh ‘sindiket yang diterajui oleh sebuah syarikat Malaysia’ dalam pengambilan pekerja Bangladesh.

Sementara itu, di San Francisco, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang keputusan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja warga Bangladesh.

Najib yang mengadakan lawatan kerja selama seminggu ke Amerika Syarikat berkata, kerajaan akan memastikan sebarang langkah diambil untuk memenuhi keperluan ekonomi negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");