Sukan Hari Ini

Mourinho Beli Rumah Di Manchester

JOSE Mourinho dilaporkan sedang membeli sebuah rumah di Manchester sebagai persediaan untuk mengendali Manchester United pada musim depan.

Bekas jurulatih Chelsea itu dijangka akan mengambil alih jawatan Louis Van Gaal di Old Trafford pada Jun ini.

Media Portugal melaporkan, Mourinho telah menemui rumah di bandar itu dan pembelian sedang dilakukan ketika ini.

Tindakan jurulatih kelahiran Portugal itu memberi isyarat bahawa dia akan berhijrah ke United pada musim depan.

Walaupun berstatus jurulatih yang dipecat, namun Mourinho masih dianggap pengurus berjaya berdasarkan latar belakang yang dimiliki.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");