Sukan Hari Ini

Mourinho makin hampir kendali MU

BEKAS pengendali Chelsea, Jose Mourinho dilaporkan semakin hampir untuk mengendali Manchester United.

Perkara itu didedahkan Pengarah Inter Milan, Bedy Moratti selepas menikmati makan tengah hari bersama Mourinho dan keluarganya di Milan.

Dia yang juga kakak kepada bekas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti memberitahu laman web calciomercato.com mengenai perkara tersebut.

“Kami amat merinduinya sebagai individu di sini, tetapi buat masa ini dia gembira, dia akan mengendali Manchester (United),” katanya.

Malah, Bedy memberitahu, Mourinho tidak akan kembali semula bersama Inter Milan.

Mourinho berada di Itali selepas menerima undangan daripada Bedy untuk menyaksikan perlawanan antara Inter dan Sampdoria, malam Sabtu.

Sebelum ini, Mourinho dalam satu temu bual bersama La Stampa mengumumkan sudah bersedia untuk kembali bekerja selepas berehat selama dua bulan.

Mourinho dipecat oleh Chelsea kerana gagal mengembalikan prestasi pasukan itu pada 17 Disember lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");