Sukan Hari Ini

Mourinho semakin hampiri United?

TEMAN rapat kepada Jose Mourinho mendedahkan bekas pengendali Chelsea itu akan menggantikan Louis van Gaal di Old Trafford.

Sebelum ini, akhbar Britain mendakwa bahawa wakil Mourinho mengadakan perbincangan dengan Manchester United untuk dia menggantikan van Gaal selaku pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pengendali berusia 53 tahun itu dikaitkan dengan Old Trafford sejak dipecat Chelsea pada Disember lalu.

“Rundingan selesai. Dia (Mourinho) sudah bersedia mengambil alih tempat van Gaal sebaik sahaja kempen musim ini berakhir,” menurut sumber tersebut.

Sementara itu bekas pertahanan The Red Devils, Rio Ferdinand berharap United dapat memilih pengurus yang berkemampuan.

Katanya, jika tersalah pilih tidak mustahil United mengalami nasib sama seperti Liverpool.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");