Perak Hari Ini

MPT Ambil Alih Pengurusan Bukit Larut

TAIPING: Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang hari ini secara rasminya telah menyerahkan bidang pengurusan Bukit Larut kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata, peralihan bidang pengurusan berkenaan yang berkuatkuasa pada 1 Januari yang lalu dilaksanakan setelah kajian terperinci dibuat dalam pembangunan sektor pelancongan di Taiping.

Ujarnya, ia sebagai usaha untuk mengharmonikan produk-produk pelancongan yang sedia ada dan juga melestarikan pembangunan yang lebih selari.

“Kita telah membuat keputusan bahawa MPT merupakan agensi yang terbaik untuk memastikan agenda kami untuk membangunkan pelancongan di Taiping ini dapat disemarakkan lagi,” katanya.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Pentadbiran Bukit Larut kepada Majlis Perbandaran Taiping di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Pegawai Daerah Larut Matang, Kamaruddin Awang dan Yang Dipertua MPT, Datuk Abd Rahim Md Ariff.

Beliau berkata, meskipun sebelum ini Bukit Larut telah ditadbir urus oleh Pejabat Daerah, namun terdapat sebahagian kemudahan diuruskan oleh agensi-agensi yang berbeza.

“Jadi kita harap dengan adanya satu agensi sahaja sebagai pengurus Bukit Larut ini, ia akan membawa kepada perubahan daripada segi pengurusan dimana ianya boleh diharmonikan sebagai satu produk yang kuat ataupun sebagai satu ikon di negeri Perak,” ujarnya lagi.

PERAK TODAY 6

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang telah memberikan perkhidmatan dalam mengurus tadbir Bukit Larut sebelum ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada khidmat mereka selama ini kerana sememangnya untuk mengurus tadbir Bukit Larut ini bukan mudah dan mempunyai pelbagai cabaran daripada segi logistiknya,” katanya.

Sementara itu, Nolee berkata, acara atau aktiviti merupakan salah satu daripada aset pelancongan dimana melaluinya dapat membawa pelancong-pelancong ke negeri ini.

PERAK TODAY 5

Justeru, pihaknya amat terbuka untuk menerima cadangan daripada pelbagai pihak bagi membawa dan mengemukakan idea berhubung perkara berkenaan.

“Kita terbuka dengan cadangan tersebut sekiranya ada pihak seperti Majlis Kebudayaan Daerah mahupun Persatuan Pelancongan Taiping yang datang untuk membawa idea membuat acara, kita amat mengalu-alukan dengan memberi sokongan kepada mereka. Ia merupakan idea yang baik,” katanya.

Beliau juga berharap agar MPT juga dapat memainkan peranan untuk membawa lebih banyak acara bagi memeriahkan lagi kawasan berkenaan.

PERAK TODAY 7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");