Sukan Hari Ini

MU buru tiga mata sulung

Melaka: Melaka United (MU) akan menurunkan barisan terbaik untuk memburu kemenangan pertama ketika menentang PKNS FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat Paya, Rumput, di sini, malam ini.

Jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata, beliau tidak mahu pemain melakukan kesilapan mudah sehingga membuka ruang kepada PKNS membocori gawang di depan penyokong sendiri.

Menurutnya, pintu gol mereka bolos dua kali pada perlawanan sulung berdepan Sime Darby FC di Selayang, Jumaat lalu, namun bernasib baik apabila anak buahnya kembali bangkit untuk keputusan 2-2.

Beliau berkata, sentuhan kali ini diyakini lebih mantap walaupun tidak dapat menurunkan pemain import dari Sweden Labinot Harbuzi yang masih belum pulih daripada kecederaan.

“Malam esok (malam ini) kami bercadang menurunkan Hazri Rozali kerana pemain itu tidak dapat beraksi pada perlawanan sulung berikutan melangsungkan perkahwinan.

“Namun, keputusan untuk menurunkannya bergantung kepada keperluan menjelang perlawanan itu nanti,” katanya.

Mat Zan berkata, tidak banyak perubahan dilakukan dan beliau masih mengharapkan aksi pemain Montenegro Balsa Bozovic mengatur gerakan di barisan tengah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");