Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Akan Terus ‘Bom’ Najib? – Shahbudin

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari luar negara esok menjadi persoalan sama ada beliau akan terus menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau tidak.

Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin menerusi blognya, shahbudindotcom.blogspot.com berkata, Muhyiddin dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang esok.

Beliau juga mendakwa, terdapat hebahan dilakukan di kalangan rakan-rakan dan penyokong Muhyiddin untuk menyambut kepulangannya.

Ia bertujuan untuk menunjukkan sokongan terus menerus dapat diberikan kepada Muhyiddin.

“Hebahan kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Apakah esok petang ada lagi ‘bom’ yang akan dilemparkan oleh Muhyiddin khususnya tentang dana RM42 juta daripada SRC International setelah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan telah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail mengenai wujudnya perlakuan berunsur jenayah melibatkan Najib?”soalnya.

Terdahulu, Muhyiddin berikrar untuk terus bersuara bagi menegakkan kebenaran serta menuntut reformasi meskipun beliau digantung daripada jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");