Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Jangan Cabar Kepimpinan Tertinggi

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.

Ujarnya, sebaliknya Muhyiddin disaran supaya menunggu keputusan hasil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dijadualkan Jumaat ini.

Nasihat itu dilontarkan beliau bagi menyulas menyataan Muhyiddin terhadap Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor agar tidak mengambil tindakan ke atasnya melainkan mempunyai bukti yang cukup.

Nazri percaya, kepimpinan tertinggi UMNO tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap mana-mana ahli tanpa bukti kukuh.

Ujarnya, sebagai Timbalan Presiden, Muhyiddin sepatutnya tahu peranan yang harus dimainkannya di dalam parti.

“Dia Timbalan Presiden, saya minta dia pergi baca balik dalam Perlembagaan UMNO. Suruh dia lihat tentang peranan yang patut dimainkan oleh Timbalan Presiden. Kalau di dalam Perlembagaan itu kata, kerja dia ialah untuk mengutuk Presiden, untuk mengeji Presiden, untuk hentam Presiden, saya ingat dia betullah. Sebab apa yang dia lakukan sebelum ini mengikut Perlembagaan itulah.

“Tapi kalau Perlembagaan mengatakan peranan seorang Timbalan Presiden ialah untuk membantu Presiden, saya rasa tak payah tanya orang tak faham undang-undang. (Semua) akan tahu bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan. Walau apapun kita tunggulah mesyuarat Majlis Tertinggi nanti, pada Jumaat,” ujar Nazri memetik sumber Astro Awani.

Terdahulu Muhyiddin sebelum ini difahamkan memberi peringatan kepada Majlis Tertinggi parti itu supaya jangan sekali-kali berani untuk mengambil tindakan terhadap beliau jika tidak mempunyai bukti.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Kampung Baru pada 7 Disember lalu yang dilaporkan akan dirujuk ke Lembaga Disiplin Parti dan Majlis Tertinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");