Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Perlu Belajar Tugas Orang Nombor Dua Dari Timbalannya

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ketua UMNO Bahagian Pagoh supaya belajar mengenai taat setia daripada Timbalannya Ismail Mohamed.

Beliau yang juga merangkap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata Ismail perlu menasihati Muhyiddin terlebih dahulu sebelum menyifatkannya sebagai ‘kurang ajar’.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ismail bahawa beliau “suka menyodok membabi buta” ketika bertindak mengkritik dan menghentam Timbalan Presiden Umno itu.

“Saya nak tanya Ismail, adakan Ketuanya di Pagoh, Muhyiddin menghormati Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak?

“Sebelum kata saya kurang ajar, dia sepatutnya nasihat Muhyiddin yang kurang ajar kepada Presiden,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Bagaimanapun beliau turut ‘memuji’ Ismail yang telah disifatkannya telah menunjukkan contoh untuk menjadi seorang Timbalan yang baik kepada Muhyiddin.

“Ismail tiada fakta untuk melawan hujah saya tetapi kerana menjadi Timbalan kepada Muhyiddin, dia tetap mempertahankan Ketua Bahagian dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail mengeluarkan kenyataan ‘suka menyodok membabi buta’ itu selepas Nazri menggelarkan serangan Muhyiddin kepada Najib ibarat ‘anjing menggigit kaki tuannya’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");