Isu Panas

Muhyiddin Perlu Henti Timbulkan Spekulasi – Salleh

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melaksanakan peranannya sebagai Timbalan Presiden Umno dengan membantu tugas presiden dan mempamerkan kesetiaan serta sokongannya kepada parti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebagai timbalan presiden, katanya Muhyiddin tentu tahu bahawa tugas beliau bukan untuk melemahkan kepimpinan presiden dengan membuat kenyataan yang boleh membawa kepada timbulnya spekulasi dan kekeliruan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin sepatutnya amat arif tentang perlembagaan Umno yang menggariskan tugas timbalan presiden parti.

“Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi bahawa ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menterinya (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Salleh dalam catatan terbaharu dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata Muhyiddin ialah timbalan presiden Umno dan presiden beliau ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu pemimpin negara ini.

“Saya berharap ucapan itu difahami dari luar konteksnya.

“Tapi, jika tidak demikian, dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk memandang rendah kepimpinan presidennya, maka beliau tidak memiliki kualiti untuk menjadi seorang pemain secara berpasukan.

“Dan, keputusan perlu dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau parti untuk menghentikan sama sekali semua speklulasi tentang pendiriannya itu,” kata beliau.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");