Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tidak Dibenar Berucap Di Acara Sukan

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi kekesalan apabila beliau dikatakan tidak dibenarkan berucap semasa dijemput merasmikan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 petang semalam.

Menerusi catatan beliau di laman Facebook miliknya, pihak sekolah berkenaan telah menerima arahan daripada pihak tertentu supaya mengarahkan pihak pengajur tidak membenarkannya untuk berucap.

“Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi.

“Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap,” katanya.

Tegasnya lagi, beliau  menerima arahan itu dan sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku.

“Tidak mengapalah.

“Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku,” katanya.

Walaupun tidak berucap, beliau sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.

“Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");