Panasnya Hari Ini

Mukhriz Disingkir Sebagai Balasan Terhadap Mahathir

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan Mukhriz Mahathir disingkir sebagai Menteri Besar berikutan tindakan ayahnya yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, kritikan berterusan Mahathir bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyebabkan kemarahan dikalangan penyokong Najib.

“Sukar untuk mengugurkan Mukhriz sekiranya benar Mukhriz seorang pemimpin yang baik tetapi kelemahan beliau telah diambil kesempatan oleh penyokong Najib yang mahu Mukhriz disingkir sebagai balasan terhadap Mahathir,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

“Mukhriz satu kegagalan politik kerana dalam masa tak cukup penggal telahpun digugurkan…itu perkara yang amat memalukan pada keluarga Mahathir,”

“Apa yang lebih mendukacitakan Mahathir adalah tidak ada tarikan – tiada tunjuk perasaan besar-besaran – jadi sebab itu beliau ajak semua orang menunjuk perasaan,” katanya lagi.

Berhubung soal siasat polis keatas Mahathir berkenaan artikel di blog Mahathir, Nazri berkata tiada seorang pun yang mengatasi undang-undang.

“Pada saya, lantak pi lah dia nak buat apa…dia sendiri cakap dirinya sudah tua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");