Panasnya Hari Ini

Mukhriz Umum Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Selepaas hampir dua minggu krisis Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan perletakan jawatan serta merta, hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman, sebentar tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Mukhriz membuat keputusan tersebut selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majority ADUN di Kedah.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din akan membuat pengumuman rasmi berkaitan penyelesaian konflik politik tersebut.

Turut dimaklumkan, istiadat angkat sumpah Menteri Besar baharu akan diadakan esok, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");