Panasnya Hari Ini

N87 Ikrar Sokongan Terhadap Najib

KUALA LUMPUR: Kelab Sahabat Najib (N87) berikrar akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan terus bersama dengan Najib untuk memerangi anasir-anasir jahat sama ada di dalam mahupun di luar UMNO.

Pengerusi Kelab Sahabat Najib (N87), Datuk Suleiman Mohamad berkata, sebarang usaha yang dilakukan untuk menjatuhkan Presiden UMNO itu merupakan satu usaha menghancurkan UMNO.

“Adalah tugas dan tanggungjawab setiap ahli UMNO bersatu memerangi anasir-anasir ini, baik dari dalam atau luar.

“Kepada Datuk Seri Najib, kami kumpulan sahabat setia N87 menggesa, teruskan perjuanganmu. Kami bersamamu dulu, kini dan selamanya,”ujarnya, memetik laporan MalaysiaKini.

Tegasnya lagi, selagi hayat dikandung badan, kelab tersebut akan terus mempertahankan UMNO juga dalam masa yang sama akan terus memperkasakan Najib.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib seorang yang hebat.

Selain itu, Suleiman juga beranggapan bahawa Najib sebagai seorang ‘ahli politik yang jarang ditemui’ dan layak menjadi ‘seorang negarawan yang besar’.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis kesyukuran sempena 40 tahun penglibatan Najib di dalam politik, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");