Sukan Hari Ini

Nadal kecundang lagi di Terbuka Rio

RIO DE JANEIRO: Pemain nombor lima dunia, Rafael Nadal ditunjukkan jalan keluar dari Terbuka ATP Rio selepas tewas 6-7 (6/8), 7-6 (7/3), 6-4 di tangan pemain ranking ke-45 dunia, Pablo Cuevas pada separuh akhir hari ini.

Kejayaan pemain Uruguay itu sekali gus menafikan impian Nadal untuk merekodkan pentas final ATP ke-100 peribadinya.

Cuevas menewaskan juara 14 kali Grand Slam itu dalam tempoh tiga jam 28 minit.

Cuevas selepas ini dijadual merebut gelaran kejohanan menentang pemain ranking ke-71 dunia, Guido Pella yang sebelum itu menewaskan pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem 6-1, 6-4.

“Saya sangat gembira kerana Rafa adalah seorang pemain tenis yang hebat,” kata Cuevas.

“Saya memasuki gelanggang dengan berfikiran mahu mencari kemenangan dan saya tahu yang saya perlu kekal tenang, sesuatu yang saya mampu lakukan pada hampir keseluruhan perlawanan.”

Sementara itu, pertembungan antara Pella dan Thiem diganggu dengan angin kencang pada set pertama sebelum perlawanan terpaksa ditunda hampir sejam ekoran hujan lebat namun ia sama sekali tidak mengganggu fokus pemain Argentina itu.

“Set pertama sangat sukar tetapi saya dibesarkan di kawasan yang mempunyai tiupan angin seperti ini dan lebih teruk lagi,” kata Pella yang membesar di Bahia Blanca.

“Jadi saya sudah biasa dengan keadaan sebegini.” – AGENSI/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");