Panasnya Hari Ini

Nasihat PPO Bukan Tindakan Mencabar Kuasa Peguam Negara

KUALA LUMPUR:Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan bahawa nasihat dan syor yang diberi oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) kepada (SPRM) tidak harus disalah tafsirkan.

Ujarnya, nasihat yang diberikan dalam mesyuarat ke-29 panel itu semalam berhubung isu SRC International dan dana RM2.6b tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara.

Jelasnya, pihaknya ingin menegaskan kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu PPO dalam mesyuarat semalam mencadangkan antara lain supaya SPRM menyerahkan semula kertas siasatan kes SRC International kepada Peguam Negara untuk dibuat semakan semula.

Panel juga turut mencadangkan kepada SPRM supaya meneruskan siasatan isu dana RM2.6 bilion yang masih belum dilengkapkan oleh agensi itu.

SPRM juga tegasnya turut menyangkal laporan media bahawa kerajaan akan memansuhkan dua panel bebas yang memantau perjalanan SPRM iaitu PPO dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang dibentuk secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

“Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keahlian panel-panel berkenaan bagi penggal baru,” katanya memetik sumber laporan MalaysiaGazette.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");