Panasnya Hari Ini

Nazri Bantah Kerjasama Umno-PAS

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Datuk Seri Nazri Aziz menentang keras terhadap cadangan penyatuan Umno dan PAS.

Ujarnya, idea tersebut ditentang keras berikutan dua parti itu akan bertanding di kerusi yang sama.

“Tidak, saya tidak bersetuju kerana Umno dan PAS akan bertanding di kerusi yang sama,” katanya memetik sumber temubual bersama The Star Online hari ini.

“Sebagai contoh, kerusi saya di Padang Rengas – PAS akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan juga negeri. Kalau kita gabung dengan mereka, penyokong saya di peringkat akar umbi akan jadi sangat marah,” katanya.

Jelasnya lagi, kerjasama dengan PAS hanya akan mengakibatkan penyokong di peringkat akar umbi menjadi sangat marah.

“Ini hanya akan menimbulkan masalah. Kami bermotifkan politik dan bertanding untuk kerusi yang sama, jadi tiada persoalan untuk bekerjasama.

“Saya menentang keras sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan atau apa sahaja yang berkenaan. Ia sama ada Umno atau PAS.

“Memberitahu mereka secara tiba-tiba bahawa (mereka) sekarang perlu bekerjasama dan menyerahkan kerusi kepada PAS? Tidak mungkin!,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");