Berita Hari Ini

Nelayan diingatkan tidak bergantung hasil laut

KUALA TERENGGANU – Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) meminta nelayan di negeri ini agar tidak terlalu bergantung kepada hasil tangkapan ikan semata-mata.

Mereka dinasihatkan menceburi bidang lain antaranya penternakan ikan bagi sumber rezeki baharu.

Pengerusinya, Mat Yassim Mohamad berkata, perkara ini penting bagi memastikan hasrat melihat kumpulan itu keluar dari belenggu kemiskinan dicapai segera.

Menurutnya, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan diperlukan bagi membantu golongan nelayan.

Tambahnya, berbanding nelayan di pantai barat yang boleh menangkap ikan sepanjang tahun, nelayan negeri ini hanya mempunyai kira-kira enam bulan sahaja dalam tempoh setahun untuk turun ke laut.

“Nelayan di negeri ini mengalami dua musim yang agak bahaya untuk turun ke laut sekali gus menggugat hasil tangkapan, iaitu musim tengkujuh (November hingga Januari) dan angin tenggara (angin kuat) dari Jun hingga Ogos.

“Jadi, mereka perlu juga menceburi bidang lain supaya mereka tiada masalah pendapatan, dan bantuan sara hidup yang diperoleh RM200 dan RM300 sebulan hanyalah sebagai tambahan sahaja,” katanya.

Menurutnya, daripada 10,000 nelayan di negeri ini, hanya lima peratus sahaja yang menceburi bidang lain selain hasil laut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");