Berita Hari Ini

Netizen harap pertemuan Zamihan, Asri dapat buka minda

SHAH ALAM – Perang dingin antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza semakin tiba ke kemuncaknya.?

Kelmarin, Zamihan dilaporkan tidak keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang sivil dan mencabar untuk mengadakan perdebatan dengan Dr Maza apabila Mufti Perlis itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro Syiah, ekstremis dan sesat.?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi sebuah posting di Facebooknya hari ini mencadangkan keduanya hadir dalam satu program wacana bagi menjelaskan dan menjernihkan keadaan.

Cabaran debat itu disahut Dr Maza menerusi sebuah posting di laman Facebooknya dan beliau juga mengaku telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh wacana tersebut diadakan.

Wacana dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Syedmf Syedal Alqudsi berpendapat kedua pemimpin agama ini bakal bertemu lawan setanding dalam perjuangan masing-masing untuk menegakkan agama Islam.

“Sudah bertemu (buku) dengan ruas… Harap dialog ni dapat buka minda,” katanya menerusi posting komen yang ditinggalkan di ruangan laporan berita Sinar Online, hari ini.

Pengguna medium sosial yang sama, Mohd Sukor berpendapat, wacana yang dibawa merupakan medan ilmu yang menampilkan perkongsian pengetahuan kepada masyarakat.

“Sangat bagus bila ada perbahasan dari orang yang berilmu. Harap dapat disiarkan secara langsung,” katanya.

Sementara itu, menurut pendapat seorang lagi pengguna Facebook, Abdul Nasir Muhamad Yusof pula, wacana yang diaturkan bukan bertujuan untuk mencari pemenang, sebaliknya cuba menjadikan ia sebagai medan untuk mencari kebenaran.?

“Debat bukan nak cari menang atau kalah tapi tujuannya agar budaya ini jadi alat untuk mengungkapkan kebenaran. Celaru sangat disiplin ilmu ketika ini kerana banyak sangat kekangan. Dan diharapkan ia berlangsung dalam suasana murni,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");