Isu Panas

Nik Aziz tak akan masuk Amanah jika masih hidup

KUALA LUMPUR – Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya Allahyarham masih hidup.

Ini kerana menurut Ahli Jawantankuasa Dewan Ulamak Pas Selangor, Mohd Fadli Ghani, kesetiaan Allahyarham tetap bersama Pas sejak sekian dahulu lagi.

Menurutnya, meskipun banyak parti serpihan lahir daripada Pas, Allahyarham telah membuktikan perjuangannya selamanya hanya bertunjangkan paksi Pas semata-mata.

“Allahyarham memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Allahyarham bercakap tentang Islam, beliau menyatakan keimanannya dan yang paling indah, Allahyarham beristiqamah sehingga meninggal.

“Apabila Pas berpecah dan tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Allahyarham tidak keluar dari Pas dan sertai Berjasa. Bila tertubuhnya Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Allahyarham masih kekal dengan Pas. Pada masa itu Amanah tidak tertubuh lagi, kalau Amanah sudah tertubuh tidak mungkin Allahyarham akan menyertai parti baharu itu,” katanya pada program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, semalam.

Jelasnya lagi, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang sentiasa berpegang kepada prinsipnya.

“Allahyarham adalah seorang yang berpegang kepada prinsip kebenaran.. Kerana itulah beliau setia dengan Pas hingga ke akhir hayatnya,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");