Berita Hari Ini

Now: Pemberi maklumat wajar dilindungi

SHAH ALAM: Pemberi maklumat sewajar dilindunginya dan bukannya dikenakan berat termasuk hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.

Pengarah National Oversight dan Whitsleblowers (Now), Akmal Nasir berkata, cadangan Peguam Negara seolah-olah melindungi mereka yang pecah amanah.

Menurut Akmal, kebocoran maklumat berkaitan salah guna kuasa, ketirisan dan pecah amanah hanya berlaku apabila hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut.

“Kegagalan tindakan pembaikan dan pencegahan secara dalaman menyebabkan pemberi maklumat mencari saluran alternatif.

“Kebanyakan pendedahan dibuat adalah demi kepentingan orang ramai dan berupaya menghentikan perkara tersebut dari terus berulang,” katanya.

Tambah Akmal, usaha bersama dengan pemberi maklumat ini meningkatkan lagi integriti dan memberi ingatan kepada jabatan dan agensi berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Masalah kebocoran maklumat akan terhenti apabila penyelewengan tidak berlaku. Tiada keperluan untuk pemberi maklumat mengambil risiko membuat pendedahan apabila siasatan dijalankan dan tindakan tegas diambil,” katanya.

Di JOHOR BAHRU, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, parti itu tidak menafikan kepentingan memelihara rahsia dan keselamatan negara.

Katanya, semangat perlembagaan serta undang-undang negara yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi adalah untuk menyebelahi dan menegakkan kebenaran.

Namun katanya, dalam isu membabitkan dana RM2.6 bilion, Peguam Negara seharusnya menjawab kenyataan awalnya yang telah ‘membersihkan’ nama perdana menteri setelah ia disahkan sebagai wang sumbangan.

“Apa pun kenyataan yang dikeluarkan Peguam Negara, rakyat hari ini seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan ‘flip flop’ berhubung isu dana tersebut.

“Peguam Negara sepatutnya merungkai persoalan ini dan menyatakan kebenaran,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");