Jenayah

Operator kren tumbuk pemandu van sekolah didakwa

KLANG: Seorang operator kren yang menumbuk pemandu van sekolah sehingga mati awal bulan ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan menyebabkan kematian lelaki itu.

Mohd Fifi Yousoff mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Dia didakwa dengan niat menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 24, telah melakukan homosid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sungai Udang, Klang jam 6.40 petang pada 3 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan atas kesalalahan mencadangkan jaminan atas alasan kesalahan serius

Peguam, Rasshidi Syed memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anaknya guammya bekerja dan menjaga ibu dan bapa mertuanya.

“Anak guam saya bekerja di North Port dengan pendapatan RM1,300 dan bekerja sampingan mencuci kereta dengan upah RM5,00,” katanya.

Hakim, Suzana Hussin membenarkan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin serta tiga syarat tambahan.

Tertuduh diarah melaporkan diri dua kali sebulan dan menyerahkan passport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan, pemandu van meninggal dunia selepas ditumbuk gara- gara tertinggal mengambil anak saudara suspek dari sekolah.

Mangsa bakal mendirikan rumahtangga Sabtu ini dengan guru Kafa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");