Perak Hari Ini

Ops Bersepadu : Sembilan Pemandu Ditahan Positif, Miliki Dadah

BUKIT MERAH: Seramai sembilan pemandu ditahan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di dua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) iaitu di R&R Gunung Semanggol dan R&R Gurun di sini, malam tadi.

Dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di R&R Gunung Semanggol arah Selatan, seramai empat pemandu telah ditahan iaitu tiga pemandu lori dan seorang pemandu bas.

Ketua Trafik Unit Penguatkuasaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, ops tersebut diadakan bertujuan untuk mengesan kesalahan lalu lintas dan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lebuhraya.

PERAK TODAY 2

“Tiga pemandu lori didapati positif dadah jenis metaphatamine manakala pemandu bas pula didapati positif dadah jenis heroin. Keempat-empat mereka berusia dalam 40-an.

“Dalam operasi yang bermula dari jam 9 malam sehingga 12 malam itu, sebanyak 60 buah kenderaan perdagangan termasuk lori dan bas telah diperiksa,”katanya ketika ditemui.

Ujarnya, salah seorang daripada pemandu turut memiliki dadah jenis heroin seberat dua gram.

Tambah Hazir Reza lagi, ujian saringan air kencing itu dilakukan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan kemalangan berlaku di lebuhraya.

PERAK TODAY 5

“Objektif untuk ujian saringan air kencing adalah sebagai langkah pencegahan dimana bagi pemandu-pemandu yang menyalahgunakan dadah yang menjadi punca kepada kemalangan di lebuhraya,”jelasnya.

Sebanyak 61 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis manakala 79 saman telah dikeluarkan oleh JPJ.

Tambahnya lagi, seramai 58 anggota dari lima agensi berkaitan terlibat dalam Ops Bersepadu yang diadakan di R&R Gunung Semanggol.

Sementara itu di R&R Gurun pula, Mohd Hazir Reza berkata, seramai 64 anggota terlibat dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di sana.

PERAK TODAY 6

“Sebanyak lima tangkapan dilakukan oleh AADK kerana didapati positif dadah. Ianya melibatkan tiga penunggang motorsikal dan dua pemandu kereta,”ujarnya.

Dalam operasi di R&R berkenaan, sebanyak 30 saman dikeluarkan oleh pihak polis, JPJ (60) dan empat notis oleh pihak SPAD.

Ujarnya lagi, operasi ini akan diteruskan lagi bagi mengelakkan penyalagunaan dadah dalam kalangan pemandu yang boleh menyumbang kepada kemalangan di lebuhraya.

“Aspek lain yang ditekankan kepada kenderaan perdagangan dimana muatan-muatan kayu dibawah lori yang tidak diikat kemas dan kadang kala tidak diikat langsung.

“Ianya boleh menyebabkan kayu tersebut mudah jatuh dan membahayakan kepada pengguna lebuhraya yang lain,”katanya.

PERAK TODAY 3

Ops Bersepadu berkenaan telah melibatkan pelbagai agensi antaranya Unit Trafik Lebuhraya Zon Utara Bukit Aman, JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PLUS Ronda dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");