Perak Hari Ini

Ops Selamat 8: 6,967 Saman Dikeluarkan Dalam Tempoh 5 Hari

IPOH: Setakat 5 hari pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya & Ops Selamat 8 sempena Perayaan tahun baru Cina 2016 peringkat negeri Perak sebanyak 6,967 saman telah dikeluarkan berbanding 4,498 saman pada tahun lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan peningkatan saman sebanyak 35.44 peratus berdasarkan penguatkuasaan yang dijalankan setiap masa sepanjang tempoh ops selamat yang bermula 1 Febuari lalu.

PERAKTODAY

“Sekarang penguatkuasaan adalah secara bergerak untuk ke setiap lokasi khususnya kawasan yang mencatatkan kemalanagan jalan raya tertinggi.

“Pasukan kita bergerak 24 jam tanpa henti,dengan penguatkuasaan yang sedikit keras pada tahun ini,” katanya dalam sidang media pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya & Ops Selamat 8 sempena Perayaan tahun baru Cina 2016 peringkat negeri Perak hari ini .

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Menurut Zainol, kempen yang dianjurkan saban tahun diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian yang melibatkan pengguna jalan raya.

Tambahnya lagi, peningkatan kematian akibat kemalangan melibatkan pelajar sekolah menunjukkan juga kini menunjukkan peningkatan drastik berbanding 2014.

PERAKTODAY1

“Menurut statistik pada tahun 2015 mencatatkan jumlah kematian melibatkan pelajar sekolah sebanyak 68 orang berbanding pada tahun 2014 iaitu hanya sebanyak 10 kematian.

“Kebanyakan mereka didapati tidak memakai topi kledar semasa menaiki motosikal,” katanya.

Tegasnya lagi, peringkat negeri dan badan keselematan jalan raya akan berusaha membantu dan ia juga turut memerlukan bantuan pendidik supaya kemalangan melibatkan pelajar sekolah dapat ditangani bersama.

“Sebahagian besar melibatkan kemalangan motosikal agak tinggi dan jika tidak dibendung segera akan memberi kesan kepada negara dalam jangkamasa panjang.

“Isu keselamatan bukan bermusim tetapi perlu ditangani mengingatkan masyarakat bahawa isu ini adalah setiap masa,” katanya.

PERAKTODAY2

Kempen ops selamat kali ini bertemakan ‘rumah selamat sampai ke destinasi’ yang dianjurkan selama 15 hari bermula 1 Febuari lalu.

Kempen tersebut dilancarkan bagi memastikan pergerakan lalulintas lancar selain mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian serta pengurangan kadar jenayah melibatkan jenayah pecah rumah.

Trafik dijangka meningkat pada 6, 7 Febuari ini dan pada 13 dan 14 Febuari depan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");