Berita Hari Ini

Orang Melayu tak harus layan fitnah – TPM

ALOR GAJAH: Orang Melayu tidak harus melayan fitnah untuk menjadi bangsa yang disegani di nusantara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Melayu moden perlu menolak budaya fitnah, terutama daripada dalam untuk memastikan jati diri bangsa terus utuh.

“Jangan jadi seperti ketam dalam sebuah bakul, di mana memijak sesama sendiri untuk keluar. “Budaya seperti ini hanya akan melemahkan bangsa, sekali gus menjadikan Melayu itu berpecah,” katanya berucap merasmikan Festival Sukan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden DMDI, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Festival sukan yang berlangsung di UTeM selama empat hari mulai hari ini disertai kira-kira 1,000 atlet dan pegawai sukan membabitkan enam negara iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Sri Lanka dan tuan rumah, Malaysia.

Sebanyak lima jenis sukan dipertandingkan dalam festival yang julung kali diadakan termasuk silat, sepak takraw, gasing, badminton dan bowling yang turut menawarkan 44 pingat emas.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");