Panasnya Hari Ini

‘Orang Paling Berkuasa Di Malaysia ialah Peguam Negara’ – TI-M

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: “Pada saya, orang yang paling berkuasa di Malaysia ialah Peguam Negara. Peguam Negara berhak mendakwa sesiapa sahaja mengikut budi bicaranya.

“Ini termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, apatah lagi Perdana Menteri walaupun lantikannya dibuat Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,”kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) dalam satu wawancara khas bersama portal berita, Free Malaysia Today.

Justeru, beliau menggesa agar kuasa Peguam Negara wajar disemak mengikut Perlembagaan Persekutan bagi memastikan risiko salah guna kuasa dan korupsi institusi itu dapat diminimumkan.

Jelasnya lagi, ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa pendakwaan yang sangat luas kepada Peguam Negara.

Akhbar turut berkata, dengan kuasa yang lebih luas ianya bermakna korupsi yang lebih teruk dan boleh menjejaskan aspek integriti dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Beliau turut menimbulkan satu situasi dimana Peguam Negara juga boleh memilih untuk melindungi pesalah meskipun kertas siasatan daripada agensi penguatkuasaan menunjukkan fakta kes adalah ‘prima facie’ berlakunya jenayah.

“Bagaimana agensi penguatkuasaan kata ada kes dan bacaan Peguam Negara juga ada kes, tetapi Peguam Negara memilih untuk tidak mendakwa?

“Perkara ini boleh berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan Peguam Negara untuk berbuat demikian dan sekali lagi isu integriti menjadi perdebatan,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");