Panasnya Hari Ini

OSA Bukan Untuk Tutup Rasuah – Paul Low

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menafikan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diwujudkan untuk menutup tindakan salahlaku, sebaliknya ianya adalah untuk menghalang pendedahan maklumat yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan.

Jelasnya lagi, OSA diperlukan untuk melindungi maklumat yang berkaitan dengan keselamatan, perkara yang masih dalam siasatan dan rundingan serta maklumat peribadi rakyat.

“OSA bukan untuk menutup rasuah, penyalahgunaan atau penipuan,”katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, pindaan OSA adalah perlu bagi menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat untuk tampil dan perkara itu perlu dilihat secara positif.

Low turut percaya bahawa terdapat pihak yang bertindak untuk membocorkan maklumat rahsia menerusi saluran tidak sah kerana undang-undang yang sedia ada tidak menyediakan perlindungan penuh untuk mereka.

“Seperti yang saya baca, dasar pemberi maklumat hanya terpakai kepada sektor swasta tetapi tidak sektor kerajaan.

“Oleh itu, kita perlu melihat kepada satu bentuk pelarasan (undang-undang) untuk turut merangkumi perkhidmatan awam supaya pemberi maklumat dapat dilindungi,”ujar Low.

Tambahnya lagi, bagi meningkatkan akauntabiliti kerajaan, Putrajaya perlu memberi fokus kepada usaha untuk menjadi lebih telus.

Low turut berkata, maklumat seperti syarat-syarat perjanjian konsesi atau projek penswastaan sepatutnya boleh didedahkan kepada umum.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilaporkan berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman kepada mereka yang membocorkan rahsia negara dan kepada mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Apandi turut berkata, pejabatnya sedang memikirkan untuk memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");