Panasnya Hari Ini

PAC Sahkan Mohd Bakke Tidak Keluar Kenyataan RM2.6 bilion daripada 1MDB

KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan bahawa bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak pernah menyatakan dana syarikat itu telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Memetik sumber Bernama,  Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata,ia terbukti menerusi pengesahan berulang kali kepada umum yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

“Sebagai Pengerusi PAC, saya mengambil maklum dan kesal dengan maklumat salah disiarkan media dan laman sosial yang telah membuat dakwaan palsu, berhubung apa yang dikatakan ketika sesi pendengaran Mohd Bakke pada 11 Februari lalu di hadapan PAC,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambahnya lagi, PAC juga adalah Jawatankuasa Parlimen bi-partisan yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen berpengalaman iaitu pihak kerajaan serta pembangkang.

Ujarnya, penyiasatan keatas syarikat itu juga adalah secara profesional dan telus berdasarkan bukti berdokumen, temu bual saksi dan hasil daripada pengauditan Jabatan Audit Negara.

“Oleh itu, kami menyeru semua pihak menghentikan spekulasi yang tidak perlu dan menunggu laporan rasmi PAC yang akan dibentangkan kepada Parlimen pada Mac 2016,” katanya.

Terdahulu, Mohd Bakke menafikan dakwaan bahawa beliau dikatakan pernah menyebut mengenai wang RM2.6 bilion itu adalah daripada 1MDB, sebagaimana yang tersebar melalui laman sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");