Panasnya Hari Ini

PAN Tawar Jawatan Tertinggi Buat Husam

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menawarkan jawatan tertinggi dalam parti itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa sekiranya beliau dipecat daripada PAS.

Ujarnya, parti itu tiada mempunyai masalah untuk menerima Husam, berikutan tindakan itu mampu memperkukuhkan kedudukan dan keyakinan rakyat terhadap PAN, terutama sekali di Kelantan.

“PAN sedia memberi tempat dan jawatan dalam barisan kepemimpinan PAN di negeri ini jika beliau (Husam) dipecat daripada PAS.

“Saya sendiri sedia berundur dan memberi jawatan kepadanya sebagai Pengerusi (PAN) Kelantan bagi membolehkannya menerajui PAN di negeri ini.

“Tetapi, secara peribadi saya tidak fikir PAS akan memecat Husam kerana sedar ia akan memberi kesan negatif kepada parti itu terutama dari segi keyakinan rakyat dalam memberi sokongan.

“PAS tidak berani berbuat demikian kerana ia akan memberi kesan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya kepada memetik sumber Berita harian hari ini.

Terdahulu bekas Naib Presiden itu dilihat kebelakangan ini lantang mengkritik secara terbuka kelemahan kepemimpinan PAS.

Husam secara terbuka mendakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, perlu bertanggungjawab menyebabkan bil persendirian berkaitan hukum hudud untuk memberi laluan dilaksanakan di Kelantan, sehingga ia gagal dibentangkan di parlimen.

Beliau juga turut mencabar dua tokoh itu meletakkan jawatan masing-masing.

Husam juga turut mengkritik pelantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang disifatkan sebagai penghinaan kepada PAS.

Sementara itu, Wan Abdul Rahim menegaskan, beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau menegaskan bahawa ingin mahu memberi laluan kepada barisan kepemimpinan baharu dalam PAN untuk mencorakkan hala tuju lebih baik pada masa depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");