Berita Hari Ini

Pelaksanaan projek mega perlu tenaga kerja asing

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan mega yang dirancang untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat memerlukan bantuan tenaga kerja asing untuk merealisasikannya, menurut persatuan kontraktor.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Mokhtar Samad berkata untuk itu, pengambilan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh adalah bertepatan untuk memastikan projek mega dapat disiapkan dengan kadar segera.

Ini termasuk projek seperti Lebuhraya DUKE, MRT2, LRT3, Sungai Buloh Township, Landasan Keretapi Berkembar Gemas ke Johor Baharu dan projek perumahan PR1MA, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Sesungguhnya sektor industri pembinaan sangat bergantung kepada kira-kira 93 peratus penglibatan pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bukannya kehendak kerajaan tetapi dibuat atas permintaan industri bagi sektor yang dibenarkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pekerja Bangladesh yang dibawa masuk perlu memenuhi beberapa syarat seperti harus dilatih dalam bidang berkenaan sebelum bekerja di negara ini.

Dalam pada itu, Mokhtar berharap kerajaan dapat menimbang semula kenaikan levi pekerja asing supaya semua pihak tidak terbeban dan mendapat manfaat bersama.

Sebelum ini, Zahid mengumumkan bermula 1 Februari lepas, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan dan pembinaan meningkat sehingga dua kali ganda iaitu antara RM1,250 kepada RM2,500.

Bagi sektor perkhidmatan juga kadar levi turut naik kepada RM2,500 berbanding RM1,850 manakala sektor perladangan dan pertanian pula perlu membayar RM1,500.

Bagaimanapun, penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing apabila kadarnya kekal RM410.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");