Sukan Hari Ini

Pellegrini ego!

London: Manuel Pellegrini enggan meminta maaf atas keputusan kontroversi menurunkan pemain remaja selepas Manchester City tersingkir daripada Piala FA dengan kekalahan teruk 1-5 kepada Chelsea.

Pellegrini didakwa tidak menghormati tradisi pertandingan terkenal itu apabila menurunkan enam pemain remaja, lima daripadanya tampil dalam aksi sulung dan melihat mereka menanggung kekalahan terburuk City sejak kelab itu dibeli hartawan Abu Dhabi pada 2008.

Memandangkan City akan mengharungi aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev awal pagi Khamis ini dan kemudiannya berdepan Liverpool pada final Piala Liga Sabtu ini, Pellegrini tiada pilihan selain menurunkan pemain baru.

Beliau berbuat demikian kerana FA enggan mendengar rayuannya untuk mengadakan perlawanan pusingan kelima itu pada Sabtu sebaliknya mengikut kehendak televisyen untuk mengadakannya pada Ahad.

Namun ketika ditanya mengenai keputusan memberikan hadiah tempat suku akhir buat Chelsea, pengurus City itu enggan mengaku salah dan menegaskan banyak yang perlu dilakukan untuk membantu kelab Inggeris bertanding pada Liga Juara-Juara.

“Saya tidak fikir perlu mempertahankan diri sendiri. Kami bermain dua pusingan menentang dua pasukan Liga Perdana Inggeris dan menang dengan menurunkan pemain terbaik yang kami ada ketika itu,” kata Pellegrini.

“Di England, satu daripada perkara paling penting adalah cuba membantu pasukan beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Jika kami mempunyai pemain yang cergas, mungkin saya boleh mengambil risiko. Adalah penting untuk pemain muda beraksi.

“Memang teruk apabila kalah 1-5, mungkin bukan perkara terbaik untuk menurunkan mereka tapi kami tiada pilihan.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");