Sukan Hari Ini

‘Pemain Arsenal kecewakan saya’

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger bengang dengan barisan pemainnya yang mudah membiarkan Barcelona menjaringkan gol menerusi serangan balas sekali gus tewas 0-2 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan The Gunners dalam bahaya apabila kemungkinan besar tersingkir di pusingan 16 terbaik untuk kali keenam.

Wenger berkata, anak buahnya melakukan kesilapan sama ketika menentang AS Monaco pada aksi pertama musim lalu apabila mereka menyerang untuk mencari gol penyamaan, tetapi melepaskan gol di lewat perlawanan sekali gus tewas 1-3.

“Apa yang mengecewakan saya adalah kami pada suatu ketika dilihat mampu mendominasi perlawanan pada 15 minit terakhir, tetapi kami memberikan gol kepada pihak lawan.

“Ia sama seperti Monaco. Pemain naif dan itu yang mengecewakan saya. Kami dilihat boleh memenangi perlawanan, tetapi kami mensia-siakannya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");