Jenayah

Pemandu tersepit selepas terbabas

PENGKALAN BALAK – Keperihatinan orang awam berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa kemalangan di jalan Paya Mengkuang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, mangsa Husaini Abd Wahab, 27, yang memandu kereta Proton Putra hilang kawalan sebelum terbabas di dalam berlukar.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa cuba mengelak sebuah kereta lain yang melencong secara tiba-tiba di depan kereta mangsa.

Mangsa yang tinggal di Kuala Linggi mengalami kecederaan dibahagian kaki apabila kakinya tersepit di bahagian bawah tempat duduk selama 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan orang ramai.

Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Alor Gajah kemudian di bawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");