Berita Hari Ini

Pendakwah di Johor perlu dapat tauliah MAIJ

MUAR – Semua pendakwah yang berasal dari luar Johor yang ingin memberi ceramah agama di negeri ini dinasihatkan supaya mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah walaupun penceramah itu bagus kerana pandai berhujah dan sering berceramah di televisyen apabila dia tidak diberikan tauliah, pasti ada yang tidak kena dengan pengajarannya.

“Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing. Dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor 1895 diperuntukkan dengan jelas sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim.

“Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke 60 di Dataran Tanjung Emas di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");