Panasnya Hari Ini

Pengganti Zeti, Kerajaan Akan Putuskan Dalam Waktu Terdekat- PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan akan memutuskan dalam waktu terdekat mengenai pelan pengganti Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dijangka bersara pada April ini.

Memetik sumber Astro Awani, beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja seminggunya di Amerika Syarikat, di sini pada Rabu (Khamis di Malaysia).

Tambahnya kerajaan akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Perdana Menteri  mengulas demikian sewaktu diminta mengulas tentang pelan pengganti yang dilaporkan laporan berita tempatan bahawa Zeti tidak mahu ahli politik mengambil alih jawatan  tersebut di Bank Negara.

Terdahulu Zeti memberitahu bahawa beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal.

Beliau berkata proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Bank Negara Malaysia yang dianggotai pengarah-pengarah bebas daripada sektor swasta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");