Panasnya Hari Ini

Penjara Seumur Hidup Terhadap Pembocor Rahsia, AG Perlu Kaji Terlebih Dahulu- PAS

KUALA LUMPUR:PAS tampil membidas cadangan Peguam Negara untuk meminda undang-undang yang bertindak menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk penjawat awam, orang awam dan wartawan.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Peguam Negara seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya dalam memulihkan imej jabatan dan bukannya membazirkan masa memikirkan kaedah menyelamatkan pihak tertentu.

Peguam Negara tidak seharusnya mengetengahkan idea yang tidak membantu seperti penjara seumur hidup terhadap wartawan yang didapari melapor rahsia yang telah dibocorkan.

Jelasnya lagi idea itu perlu mempertimbangkan dan diperhalusi terlebih dahulu yang sebenarnya secara tidak langsung membolehkan pesalah yang didapati korup dan menyalahgunakan kuasa dilindungi.

“Elok juga kalau Peguam Negara dapat mengkaji semula hukuman terhadap mereka yang diberi amanah, tapi terbukti melakukan salah guna kuasa dan rasuah sehingga merosakkan nama baik negara agar mereka juga dihukum penjara seumur hidup.

“Tidak dinafikan bahawa soal amanah dalam menjaga rahsia sesebuah organisasi dan negara adalah amat penting. Namun, bagi mereka yang membocor rahsia atas prinsip ‘amal makruf nahi mungkar’ adalah jauh lebih mulia daripada mereka menggunakan ‘rahsia’ sebagai alasan untuk tidak mengambil sebarang kesalahan yang telah berlaku,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Terdahulu, menerusi temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan mendedahkan sumber berita mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");