Perak Hari Ini

Penunggang Motosikal Cedera, Rempuh Kereta

PANTAI REMIS: Penunggang motosikal berkuasa tinggi mengalami kecederaan setelah motosikalnya terbabas lalu merempuh bahagian belakang sebuah kereta pagi tadi.

Menurut sumber, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak, kejadian kemalangan tersebut berlaku di Batu 13, Segari hari ini.

“Panggilan kecemasan diterima pihak kami sekitar jam 11.25 pagi tadi.

“Didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi melanggar bahagian belakang sebuah kereta Toyota Innova hingga mengakibatkan mangsa tercedera,” kata sumber.

Bagaimanapun tiada mangsa lain yang dilaporkan tercedera.

Pihak penyelamat telah memberikan rawatan kecemasan dan mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk rawatan selanjutnya.

Operasi tamat sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");