Berita Hari Ini

Penuntut tetap terima biasiswa

Putrajaya: Seramai 9,010 penuntut peringkat Sarjana bakal terima surat tawaran pembiayaan biasiswa MyBrain 15 di Kementerian Pendidikan Tinggi, hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh menerusi kenyataan, berkata ia membabitkan 7,410 bagi program MyMaster dan 1,600 program MyPhD.

“Pembiayaan ini selaras dengan peruntukan tambahan RM300 juta untuk Biasiswa MyBrain 15 yang diumumkan dalam pembentangan Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, baru-baru ini.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar, kerajaan meningkatkan jumlah penerima biasiswa MyBrain 15 tahun ini, sekali gus menjadikannya penawaran tertinggi sejak 2011,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");