Berita Hari Ini

Perkasa pekerja tempatan

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menggesa kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan majikan memperkasakan tenaga kerja tempatan dari segenap segi bagi memenuhi kehendak pasaran kerja selepas penangguhan pengambilan pekerja asing, baru-baru ini.

Exconya, Dazma Shah Daud berkata, sudah tiba masanya kerajaan perlu secara serius memperkasakan pekerja tempatan terutamanya dalam bidang kerja 3D (dangerous, dirty, difficult) yang mengalami kekurangan minat bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing.

Beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan satu peraturan kepada majikan supaya mengutamakan kebajikan pekerja tempatan bagi menarik minat mereka untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan terutamanya dalam bidang 3D.

“Bila kerajaan umumkan pembekuan pengambilan pekerja asing, Kementerian Sumber Manusia dan majikan perlu ambil langkah-langkah proaktif untuk memperkasakan tenaga kerja tempatan.

“Paling utama, majikan perlu menjaga kebajikan pekerja tempatan dengan menawarkan gaji yang kompetitif, memberikan penginapan atau pengangkutan serta inisiatif lain seperti yang mereka berikan kepada pekerja asing sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dazma Shah yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda berkata, syarat-syarat baharu itu perlu diwartakan bagi memudahkan aspek pemantauan dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia terhadap majikan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");