Perak Hari Ini

Perlu Awasi Pemilihan Bahan Tontonan & Filem

IPOH: Semua pihak perlu memainkan peranan sebagai ‘penguatkuasa’ dalam memupuk kesedaran dan mencegah segala aktiviti mengedar, menjual, menyalin atau memiliki filem atau bahan publisiti yang tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan penguatkuasaan Negeri Perak (BKF), Mohd Naim Hashim berkata peranan semua pihak termasuk ibu bapa perlu bagi mengawal dan membanteras elemen tersebut.

1 (1)

“Selagi permintaan ada selagi itu bahan-bahan tidak diberi kelulusan ini akan terus dijual,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan Program pendidikan Dan pencegahan (P&P) anjuran BKF Perak sebagai salah satu pendekatan dan menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Ujarnya program P&P melibatkan enam program besar antaranya pameran bersama agensi Kerajaan & NGO, pemurniaan minda pelajar, Amal kembara jelajah komuniti dan program semarak Ramadhan.

2 (1)

“Tidak hanya terhad kepada penguatkuasaan sahaja, jadi ia diperluaskan kepada P&P kepada semua.

“Jika kita hanya terus menangkap pesalah tapi pendedahan dan pendidikan pencegahan tidak diberikan pada awal ia tidak memberi kesan dan akan terus berlaku,” katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama daripada semua pihak perlu supaya kekuatan dapat terus dipupuk bersama dalam membanterasnya sedari awal.

“Masyarakat, ibu bapa perlu sedar  mengenainya dan mengadakan pemantauan serta didikan kepada anak-anak dalam memilih bahan tontonan yang sesuai pastinya amat membantu,” katanya lagi.

Ujarnya, statistik jumlah tangkapan dalam setiap penguatkuasaan  tidak boleh dijadikan panduan semata-mata  namun perkara yang perlu diberi penekanan adalah pencegahan dari peringkat awal lagi.

“Masyarakat sememangnya menyokong namun disebabkan kekangan dan sikap ambil mudah menjadikan ia sukar diatasi,” katanya.

Bagaimanapun Naim tetap menaruh harapan agar masyarakat, pengusaha industri filem, pengedaran dan penjual perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang tersedia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");