Perak Hari Ini

Perlu Kreatif Untuk Dekati Rakyat – DS Zambry

LENGGONG: Kerajaan negeri perlu tampil kreatif untuk mendekati rakyat selain mendalami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jika dahulu untuk program pemukiman, seluruh pimpinan negeri hanya bersama rakyat untuk tempoh dua hari, sebaliknya kini ianya dijalankan selama lima hari.

“Apabila kita ulang program turun padang seperti ini, kita perlu guna pendekatan yang lain pula, perlu kreatif.

PERAKTODAY2-3

“Jika dahulu hanya dua hari dan hanya tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja, tetapi kali ini ialah kita turun selama lima hari untuk satu daerah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan tahun Baru Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Kala, di sini, pagi tadi.

Tegasnya lagi, meskipun pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri berbeza, namun yang penting adalah sasarannya iaitu masyarakat.

PERAKTODAY5-4

Di majlis sambutan Tahun Baru Cina itu, Zambry turut meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat Cina di kampung tersebut.

Di majlis yang sama, turut diadakan adalah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan juga pemeriksaan lain daripada jabatan-jabatan kerajaan.

“Perkhidmatan yang ada seperti pemeriksaan kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada masyarakat di sini.

“Kita juga menyediakan pemeriksaan mata dan kemungkinan kita akan memberikan bantuan cermin mata sekiranya ada yang memerlukan,”ujarnya.

PERAKTODAY10

Selain itu, Klinik Dr Zambry juga turut menyertai majlis tersebut ke majlis bagi mendengar aduan secara terus daripada masyarakat setempat.

“Kita menerima banyak aduan daripada masyarakat di sini seperti masalah tanah (55 aduan), telekomunikasi (20 aduan), infrastruktur (5 aduan) dan lain-lain (10 aduan).

“Selain itu terdapat juga perkhidmatan daripada agensi-agensi termasuklah dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan sebagainya dimana mereka menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat disini.

PERAKTODAY-3

“Kita turun ke bawah dan dengar sendiri masalah mereka. Kita harapkan kalau masalah itu memerlukan tindakan-tindakan segera, maka kita akan selesaikan,”jelas beliau.

Zambry berkata, mungkin ada sesetengah masalah mengambil masa untuk diselesaikan berikutan ia melibatkan perundangan dan teknikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");