Berita Hari Ini

Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen cadang tambah pegawai

ALOR SETAR – Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen mencadangkan supaya kerajaan dapat menambah bilangan pegawai imigresen untuk melancarkan lagi penguatkuasaan sebelum menambah kemasukan pekerja asing, kata Timbalan Presidennya, Lt Kol (H) Che Hassan Che Johan.

“Kita ada seramai 14,000 pegawai Imigresen di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah itu, hanya 3,000 pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam operasi luar.

“Kalau ikutkan jumlah pendatang asing 3.5 juta orang, bermakna nsibah seorang pegawai imigresen perlu tangkap seramai 1,200 orang pada satu masa,” katanya.

Tegasnya, walaupun pasukan keselamatan lain turut sama terlibat dalam operasi-operasi yang dilaksanakan Imigresen, namun akhirnya segala urusan berkenaan diserahkan kepada imigresen untuk tindakan lanjut.

“Sebenarnya Imigresen mempunyai kuasa untuk menyoal dan memeriksa passport tulen ataupun tidak, bukannya pihak lain. Dari segi penguatkuasaan, saya berpendapat pihak kerajaan wajar menambah pegawai Imigresen,” katanya pada sidang media kelmarin.

Katanya, kerajaan juga perlu memberi perhatian masalah persekitaran depot tahanan Imigresen di seluruh negara yang kelihatan amat menyedihkan.

Katanya, keadaan itu juga sering kali mengundang pelbagai penyakit kepada pegawai Imigresen yang sedang bertugas sehingga mengakibatkan kematian.

“Baru-baru ini ada pegawai imigresen di sebuah depot di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru yang dipercayai dialaminya ketika bertugas. Kes sama juga pernah berlaku di beberapa depot lain.

“Kita akui ada beberapa kem yang sedang dalam usaha kerajaan untuk dibaik pulih, tapi kita minta supaya usaha itu disegerakan agar tidak ada lagi kematian melibatkan pegawai Imigresen dalam hal berkaitan,” katanya.

Menurutnya, kelengkapan logistik Imigresen juga dipercayai masih dalam keadaan cukup daif dan serba kekurangan disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi untuk membaiki kerosakan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");