Panasnya Hari Ini

Pesawat TUDM Mendarat Cemas Berhampiran Kuala Selangor

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang berpangkalan di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Menerusi kenyataan media Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat itu membawa lapan orang anak kapal dan kesemuanya dilaporkan selamat.

Kesemua anak kapal tersebut selamat dan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

TUDM juga menerusi kenyataan media itu lagi turut menegaskan bahawa pihaknya akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");