Panasnya Hari Ini

PH Berusaha Tarik Pengundi Luar Bandar- Rafizi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) kini sedang melipatgandakan usaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu luar bandar bagi memastikan satu perubahan yang stabil dan kekal lama dalam politik negara ini.

Perkara itu diakui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan bahawa para pengundi terutamanya yang menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008 dan 2013 perlu memberi masa kepada PH untuk berkembang.

Tambahnya lagi, para pengundi luar bandar juga perlu terus membantu PH memperolehi kepercayaan masyarakat kampung.

“Anda tahu atau tidak, kita bekerja 24/7 dan setiap minggu. Jika ada anugerah untuk ahli politik pembangkang yang optimistik, sudah tentu saya menang.

“Kita tidak akan dapat peluang dengan melakukan paksaan. Ia bukan soal menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, tetapi adalah untuk mendapatkan perubahan yang kekal lama,” ujarnya dalam satu forum, memetik sumber Freemalaysiatoday.

Parti pembangkang juga tegasnya telah berusaha keras sejak 2008 untuk menawan kubu kuat UMNO-BN di kawasan kampung dengan tampil memberi pendedahan fakta-fakta yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tambahnya lagi, pengundi Melayu di kawasan kampung perlu hilang kepercayaan terhadap UMNO berikutan pendedahan pelbagai skandal.

“Sudah tentu kita ada perancangan. Anda fikir apa yang berlaku ini terjadi dengan sendirinya? Anda harus lihat bagaimana UMNO gagal. Saya rasa mereka sudah sampai ke tahap itu.

“Sebab itu isu Tabung Haji dan Mara adalah isu penting. Kami kini berada di tahap yang ketiga. Ia masih tidak cukup untuk menunjukkan pada mereka bahawa UMNO tidak lagi menjaga kebajikan mereka. Percayalah, bersabarlah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");