Perak Hari Ini

Pingat Palsu: Serah Kepada Pihak Polis Untuk Menyiasat

IPOH: Kerajan negeri memberi ruang sepenuhnya kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan berhubung tindakan pemberian pingat atau darjah kebesaran daripada pihak yang tidak diiktiraf oleh kerajan negeri.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pihak Polis akan membuat siasatan berhubung perkara tersebut kerana ianya merupakan satu kesalahan.

“Kita serahkan kepada pihak Polis bagi meneruskan siasatan mengenainya,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan sempena tahun baru Cina di Jelapang pagi tadi.

Tambahnya lagi, beliau telah dimaklumkan bukan hanya penggunaan ‘surat kuning’ tetapi ada juga kad yang dikeluarkan dengan tujuan tertentu.

Tambahnya pihak Istana juga telah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan menerusi kenyataannya semalam berkata pihaknya kini giat mengesan individu yang menerima pingat atau darjah kebesaran daripada pihak yang tidak diiktiraf kerajaan negeri ini bagi membantu siasatan.

Pada 17 Januari lepas, akhbar tempatan turut melaporkan seorang individu ditabalkan sebagai ‘Maharaja Kinta’ dengan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia Datuk Seri Paduka Diraja’ dalam satu majlis di Selangor hujung tahun lepas.

Sehubungan itu, Zambry menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang urusan penganugerahan pingat atau darjah kebesaran negeri yang tidak sah bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");