Panasnya Hari Ini

PKR Akan Adakan Perbincangan Tertutup Dengan Guan Eng

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bakal mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pemecatan dua ADUN PKR negeri itu daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memetik sumber laporan Freemalaysiatoday hari ini.

Menyifatkan ianya perbalahan adik beradik, PKR juga katanya akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pulau Pinang hari ini.

“Perbalahan adik-beradik sebaiknya dibawa ke perbincangan tertutup. Saya akan menghantar surat rasmi kepada Lim Guan Eng hari ini.

“Saya rasa perkara ini lebih baik dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sensitiviti awam perlu diambil kira,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas tindakan Kerajaan Pulau Pinang berikutan pemecatan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng daripada Perbadanan Bukit Bendera.

Bagaimanapun Lim membalas kenyataan dan meminta supaya Azmin tidak mencampuri urusan pentabiran kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");