Panasnya Hari Ini

PKR Cabar Anak TPM Berdebat

Foto:-MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR), Srikandi, hari ini mencabar anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid untuk berdebat secara terbuka mengenai isu pekerja asing.

Ini berikutan kenyataan Nurulhidayah yang bertindak membela ayahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini untuk bekerja.

“Srikandi PKR dengan ini memanjangkan jemputan untuk mencabar Nurulhidayah Ahmad Zahid untuk ke pentas debat terbuka diantara beliau dengan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail bagi beliau menjawab segala persoalan yang telah dibangkitkan.

“Kepada Nurulhidayah, saya mengharapkan beliau menerima cabaran debat ini dan jangan hanya lagak berkokok di media semata-mata,”kata Naib Ketua Srikandi, Farah Afzan Faridi.

Memetik laporan MalaysiaKini, Farah turut berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid dan anaknya sebelum ini adalah dianggap biadap kerana menjadikan rakyat, terutamanya golongan belia sebagai sasaran terhadap sindiran mereka itu.

“Komen yang dibuat oleh Nurulhidayah yang tanpa asas itu turut menghina dan memperlekehkan golongan belia.

“Persoalannya, siapa beliau untuk mengeluarkan komen yang sebegitu dan sebagai ikon belia, jelas beliau juga gagal untuk mempertahankan kepentingan rakyat khususnya golongan belia di negara ini,”ujarnya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mempertahankan cadangannya untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini.

Selain itu, Ahmad Zahid juga turut mencabar golongan belia di negara ini untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan susah (Dirty, Dangerous, Difficult).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");