Panasnya Hari Ini

PM Punyai Kesabaran Luar Biasa -DS Ahmad Zahid

Gambar:- Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kesabaran yang luar biasa berikutan beliau sentiasa tenang ketika menempuhi segala cabaran.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib tidak pernah menunjukkan kemarahan sejak beliau mengenali pemimpin nombor satu negara itu.

Malah, katanya lagi, Najib tidak pernah mahu memburukkan mana-mana individu meskipun beliau menerima pelbagai persepsi buruk.

“Kami sama-sama daripada rambut lebat hingga rambut jarang. Daripada rambut hitam hingga rambut sudah beruban. Ini menunjukkan betapa lama saya bersamanya.

“Sebagai majikan dan rakan, saya lihat keperibadian beliau sangat luar biasa. Beliau ada kesabaran yang sangat tinggi yang jarang sekali seorang pemimpin mempunyai peribadi mulia seperti itu.

“Keistimewaan inilah yang Allah takdirkan untuk menguji kepemimpinan beliau. Bagaimanapun, beliau tetap tenang dan tidak gundah langsung,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas ‘Najib Razak 40 Years 40 Pictures’ di sini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengeluarkan wang sendiri untuk menempah 500 naskhah buku yang akan diagihkan kepada pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Buku ini sangat bermakna kerana bukan hanya berkisar mengenai kehidupan Perdana Menteri sebagai pemimpin tetapi sisi berbeza yang tidak diketahui umum sebelum ini.

“Saya ingin beli buku ini sebanyak 500 naskhah menggunakan duit saya sendiri, bukan duit kementerian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");