Panasnya Hari Ini
Like

Polis Akan Siasat Tun Mahathir

February 15, 2016
70 Views
0 Comments
1 minute read
Polis Akan Siasat Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat kerana memfitnah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan polis berkenaan mantan Perdana Menteri itu berikutan beberapa penulisan yang kontroversi di blognya, chedet.cc, baru-baru ini.

“Kami telah memulakan siasatan sejak beberapa hari yang lalu,” katanya, memetik laporan New Straits Times.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan penyerahan kuasa diantara Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi kepada ketua polis yang baharu, Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Abdul Rahim akan menggantikan bekas Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, penulisan terbaharu Dr Mahathir yang bertajuk ‘AG TO AG’ adalah satu bentuk hasutan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply